Jam di dinding dah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Udara masih membahang, panas dan rimas. Sesekali terdengar kereta lalu di jalan belakang halaman rumah, bersama desiran malam. Kesian aku melihatkan anak-anakku yang tertidur di sofa dan di lantai ruang menonton tv. Tiga unit kipas ligat berputar. Aku sengaja tidak memasang air-cond untuk ruang tamu bagi mengelakkan mereka terbiasa dengan sejuk udara buatan manusia. Daun tingkap dikuak sedikit biar dapat terasa udara pagi yang dingin. Namun aku masih menunggu bilakah agaknya dingin pagi itu menjelma.
"Cuit, cuit, cuit," indahnya bunyi siulan burung malam. Entah burung apa namanya, akupun sukar nak mengenal pasti waima aku bukanlah seorang "ecologist", "Huh, agaknya burungpun tak lena tidur," detik hatiku, "...padahal burung tu buta malam...umm..bukan ke burung tu sejenis haiwan dalam kelompok ayam, maknanya dia mestilah buta macam ayam di waktu malam," kritik aku seorang diri.."..macam mana pulak burung tu boleh terbang mencari tempat sejuk..."Ah..biarlah.." bisik hati kecilku keseorangan.."Jangan..jangan..!!!!" "Eh..merepek pulak aku sorang-sorang malam buta ni"..
"Hmm, aku cemburu dengan masa" bisik hatiku. Kalau dulu dalam arena perbahasan di zaman sekolah menengah, aku sering menutup tirai perbahasan dengan ayat "Disebabkan MASA amat mencemburui saya, maka saya sudahi dengan...bla...bla..bla"..Eleh...manalah ada masa tu punya perasaan. Ha..sekarang akulah manusia yang mencemburui masa. Mana tidaknya, dulu aku tidur di dalam kelambu, di atas tilam empuk kekabu, lena diselaputi kain selimut perca yang Emak dan Mak Uda Muan jahit sedepa dua depa. Udara sejuk yang dingin bukan hanya di luar beranda rumah malah menyelinap masuk melalui celah dinding papan rumah dan celah lantai papan yang jarang.
Sekarang anak-anakku langsung tak pernah merasa kesejukan dan keenakan yang aku alami di zaman kanak-kanak aku dulu. Dulu aku tidur tak pernah ada kipas. Nak diperdengarkan perkataan "air-cond" pun aku tak pernah lihat sehinggalah aku masuk ke dunia universiti. Di sekolah rendah, sekolah menengah, di Kolej Abdillah, di asrama puteri, semuanya menggunakan kipas. Oops maaf, di sekolah rendah tak pernah ada kipas."Kenapa?" Sebab sekolah rendah ku tidak disimbahi dengan panas matahari. Suasana pagi yang nyaman sehingga pukul 11.30 pagi begitu menyeronokkan untuk penerimaan minda kanak-kanak belajar dan memberikan tumpuan di dalam kelas. Tambah lagi dinding kelasku cuma dinding papan separuh, bukannya macam zaman sekarang ditutupi konkrit penuh sebilik dan dipasang tingkap kaca (frame- window pans). Kelas aku dulu tak ada tingkap, sebab dinding papan, itu pun cuma selang dua-tiga keping papan sebagai penutup pandangan dari gangguan luar..Ha..baru aku ingat... Macam kelas P.Ramlee, Sudin dan Ajis dalam cerita pendekar bujang lapok. Tapi yang syoknya, angin dari luar segar terus menghembus ke dalam kelas tanpa apa-apa penghadang. Itu yang bestnya. Maknanya NATURAL VENTILATION.
Sekarang anak-anakku sering mengeluh, "Mama, tak cukup tidurlah, tak sedap badan, panas dan rimas, walaupun pakai kipas," Dan kataku pula.."Bukalah tingkap, biar angin malam menyejukkan suasana bilik." Jawab anakku "Masih panas jugak, angin malam pun panas, dahlah bising bunyi kereta," Kesian anak mama, manalah boleh disamakan dengan suhu sekitaran yang ada pada zaman aku dulu tambah lagi itu di kampung, dan sekarang kita di bandar.
Kalau dulu mama bukan hanya dapat merasa sejuk malam, malah bintang di langitpun mama dapat lihat acapkali tak dapat lenakan mata, pasti mata mencari punca cahaya buat penghibur sehingga lena. "Kat mana nak nampak bintang tu mama" tanya anak kecilku. "Dulu rumah nenek sering terdapat lubang atap yang bocor, Dan kalau lubang tu tak jatuh pada lekuk atap zink pada aliran air hujan, maka atuk tak tampal. Jadi cahaya bulan atau cahaya bintang, tak banyakpun sedikit, akan sayup-sayup nampak bayang sinarannya melepasi lubang bocor tu. Dulu mama tidur takde lampu tidur, pelita semua dipadamkan sebab takut terbakar kelambu. Maknanya mama tidur dalam gelap. Bukan macam anak mama sekarang, ada lampu jalan yang terang benderang, ada lampu tidur neon yang jingga warnanya, dan paling tidak pun ada lampu rumah jiran sebelah yang terpasang.
Tapi yang tak syoknya, udara dalam rumah kita terasa bahang. Tau kenapa? "Kenapa mama?" Tanya anak manjaku, Haikal. Aku cuba menerangkan. Suhu rumah kita jadi panas membahang sebab tidak ada peredaran udara yang melibatkan pertukaran udara. Udara dalam sebuah rumah ni sepatutnya sentiasa bertukar. "Macam mana nak bagi udara bertukar, mama? Mana kita nampak udara. Bukannya macam tukar baju." ngomel dia lagi macam tak puas hati. "Memanglah tak macam tukar baju, maksud bertukar tu adalah bersilih ganti dengan pergerakan udara baru, ok..macam ni..contohnya, kalau pintu di depan rumah terbuka, kita kena buka juga satu ruang terbuka yang lain, contohnya, tingkap atau pintu belakang rumah. Jadi, bila udara bergerak masuk dari arah hadapan rumah, aliran udara itu akan bergerak ke arah di mana ia akan pergi untuk mencari laluan keluar (apa makna nya ni...bertukar tekanan udara...yang bab ni saya tak terangkan pada anak sebab terlalu tinggi fenomena tekanan udara untuk difahami anak ku yang masih kecil seumur 6 tahun)".
"Mari haikal, mama tunjukkan kesan pergerakan udara pada Haikal" aku memimpin anakku ke muka depan pintu. "Ingat tau, pergerakan udara maksudnya ada angin, cuba Haikal berdiri depan pintu, ada rasa angin tiup tak?" Sebentar Haikal menyedut nafas menghirup udara, kononnya menunjukkan reaksi demonstrasi merasa dan menyedut udara. "Terasa tak rambut Haikal bergerak?" Tanya ku. "A..a..lah mama, rambut Haikal ada terbang sikit-sikit di tiup angin,"..katanya dengan riang. "Ha..itu ada angin masuk ke dalam rumah walaupun Haikal tak nampak." "Kalau angin ada masuk, maknanya ada juga angin yang akan keluar, kalau kita buka pintu dapur." kataku. "Kalau macam tu janganlah buka pintu dapur mama, supaya angin tu tinggal dalam rumah je, biar angin tu tak lari, nanti boleh sejuk" alahai..anakku ini...betul jugak apa yang dia cakap, kalau tak diterangkan sekarang, habis melencong ke lain pulak konsep yang dia nak bawa sampai dewasa nanti.
"Tak boleh sayang, kita kena buka pintu dapur, bagi angin tu lalu, supaya angin tu tiup semua yang panas dan bawa keluar dari rumah kita melalui tingkap dan pintu dapur.".."Apa yang panas dalam rumah ni mama?" tanya Haikal. "Haikal tak nampakpun bibik hidupkan api dapur, takdepun mana-mana api dalam rumah, Ha..tengok-tengok..mana ada api?" (Ye, memang betul anakku, bukan sumber api yang jadi puncanya rumah kita panas. Tapi udara pernafasan (Carbon dioxide- green house gas) kita yang terkepung dalam rumah konkrit ni, hawa panas dari sinaran matahari (UV-rays), dan wap air yang terampai di udara (relative humidity) dalam zon pernafasan kita)...ADUI.susahnya aku nak terangkan pada anak kecil ni..!!!!
Aku terputus idea sejenak.."Ok...cuba Haikal tutup mulut dan hidung Haikal guna telapak tangan, bernafas macam biasa, hembus nafas, terasa tak kat tangan, Haikal rasa apa?" tanyaku.."Haikal rasa suam lah mama?" jawabnya ringkas.."Apa yang suam?"tanya ku lagi.."Angin dari hidung Haikal" jawab Haikal. "Ha..kan betul kata mama..maknanya Haikal pun boleh mengeluarkan angin panas dari hidung. Dalam rumah ni ada berapa orang?" tanyaku. "Ada ayah, mama, kakak, abang, Nadia, Nuin dan bibik." sambil dia menghitung guna jari jemarinya "Ada tujuh orang," sebut Haikal. "Betul ke tujuh?" tanya ku lagi. "Betul tujuh ni?" ulangku lagi. Haikal mengangguk kepala. "Haikal mana?" tanyaku. "Eh.eh..tambah satu lagi..Haikal..jadi lapan" jawabnya.
"Ha, kalau Haikal seorang dah boleh keluarkan angin panas melalui hidung tadi, maknanya ada lapan orang dalam rumah ni mengeluarkan udara yang panas. Apa akan terjadi kalau kita tutup pintu, tutup tingkap, dan tutup pintu dapur?".."RUMAH JADI MAKIN PANAS MAMA," jawab Haikal dengan senyum.."So, maknanya kita perlu selalu = BUKA PINTU DAN TINGKAP, supaya udara panas keluar dibawa angin pergi" tutur Haikal serentak dan senada dengan kata-kataku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good writing, Mah..
ReplyDelete