CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 15 April 2011

Gerobok baru kat rumah baru..gerobok baru punca cancer

Hai seronoknya nak masuk rumah baru. Dalam keseronokan itu terdetik pulak dalam hati. Banyak kerja nak buat ni. Lalang nak dicabut. Lantai berabuk nak kena cuci. Silap haribulan nak kena samak. Bekalan air dan elektrik nak kena pergi daftar. Talian talipon dan internet tak boleh dilupa. Karang merajuk pulak anak-anak bila talian internet takde. "Duduk kat tempat canggih tapi takde line internet, serupa jugak duduk kat dalam hutan" itu yang selalu diomel anak bujang saya.

"Macam mana ni mama? Rumah ni kosong, takde perabut ni. Nak kena decide konsep apa kita nak guna as our ID." Itulah yang jadi topik yang sering diajukan oleh suami. "Saya lebih suka kalau takde perabot. Biar ruang tamu tu lapang, senang Nurin dan Haikal nak berlari keliling rumah." Itu pendapat peribadi saya.

"Bilik tidur ni nak ikut konsep apa mama?" tanya suami. "Yang penting bagi saya, bersih, kemas, tak ade bahan berbahaya, dan suasana sihat dan nyaman untuk tidur". "Ha..tambah lagi satu..saya taknak gerobok kayu yang teramat baru". Ujar si isteri pada suami. "Takkan lah kita nak beli gerobok second hand pulak. Tak kena lah dengan standard." Rungut suami. "Maksud saya, saya tak nak gerobok kayu yang berbau baru..macam orang selalu kata 'bau cina'". Terang si isteri. "mana ada gerobok kayu baru yang tak berbau..dah tentulah baru..mestilah berbau baru. Itu barulah bukti gerobok tu baru." tingkah suami pulak.

"Abang, sebenarnya kalau nak diikutkan..untuk keselamatan anak-anak kita yang kecil seumur 1 tahun, 5 tahun, malah remaja sekalipun, termasuk diri kita sendiri,...tak elok terdedah dengan bau baru gerobok kayu tu. Biarpun bau tu macam syok dan menghayalkan, tapi sebenarnya bau tu adalah bahan pengawet untuk kayu. Kalau mama nak sebut, bahan kimia yang terbebas dari kayu-kayu tu sebenarnya "formaldehyde" iaitu bahan pengawet kayu supaya kayu tu tahan lama dan tak diserang anai-anai ataupun serangga perosak yang lain." Aku menerangkan dengan kesungguhan. "..nak mama terangkan lebih lanjut?...suami cuma mengerutkan dahi.."emm..apa kesannya.?"

"Formaldehyde ni sebenarnya satu bahan kimia yang boleh meruap (volatile) dan merupakan satu bahan kimia yang bersifat mendatangkan kesan barah (carcinogenic) kepada manusia yang terdedah sama ada terhadap cecair atau wapnya. Dalam ertikata sebenar, kesan wap (volatile) formaldehyde tersebut lebih cepat bertindak ke atas sistem tubuh badan kita sehingga mendatangkan kesan ke seluruh sistem badan. Carcinogenic tu maksudnya bahan-bahan yang mendatangkan cancer (barah)."

"SO.?!...Kalau abang nak beli jugak gerobok kayu..macam mana? Sebelum ni tak de pun orang bagi tau..bukan abang je tak tau..ramai orang yang kat luar sana tak tau...Ha..kalau abang nak beli jugak..apa kita nak buat kalau nak elakkan kesan cancer tu" Suami berkeras dan sinis.

"Kalau macam tu..abang suruhlah kedai perbot tu buat OFF-GASSING". jawab si isteri mudah.

"OFF-GASSING?..Apa menatang tu?" suami lagi mengerut dahi...

Si isteri senyum sinis..dalam hati.."banyak nak kena bagi paham kat suami aku ni...baik aku ajar dia dulu..biar paham bebenar...aku tak nak gerobok tu terperap bawa bau formaldehyde dalam rumah...tambah Nurin terlalu kecil dan Haikal pun sering sensitif dengan udara yang tak bersih..apatah lagi dengan formaldehyde..tak nak aku mendedahkan mereka pada bahaya...Ok..nanti saya terangkan dengan suami..apa maknanya "off-gassing".

No comments:

Post a Comment