Saturday, 10 March 2012
Bercerita tentang "Bunyi"
"Ok kelas..apakah makna bunyi?" Jawapan : "Bunyi terhasil akibat pergerakan gelombang dan getaran dalam sesuatu media". "Ok"..."apakah pulak makna 'bunyi bising'?" Jawapan: 'Bunyi bising (noise) adalah bunyi yang kita tidak mahu dengar', contohnya? Bunyi orang memekak sebelah rumah gaduh dengan isteri, bunyi orang mengetuk dinding waktu kita nak rehat petang-petang, bunyi orang drill dinding di awal pagi hari ahad ..(yang sungguh membosankan sebab nak bangun lewat), bunyi enjin kapal terbang, bunyi eksos kereta, bunyi piling tapak pembinaan di sebelah sekolah rendah, bunyi riuh rendah di Mid Valley food court, bunyi announcer dan kumpulan promoter jualan kat lobby Mydin, bunyi karaoke....oopssss...karaoke tu bunyi bising ke? Yang ni terpulang kepada receiver (penerima) bunyi, kalau dia rasa tak selesa dengan bunyi orang berkaraoke, then dia akan kata noise, tetapi kalau orang suka siapa yang karaoke tu, then ia menjadi bukan noise.. Macam tempat disco..ia tidak tertakluk kepada pemantauan bunyi bising di tempat kerja (kalau berdasarkan perundangan FMA). Tapi....ada tapinya...kawasan persekitaran disco tu yang selalunya di pantau pendedahan bunyi kepada orang persekitaran. So, kita jangan confuse dengan hak kita bila kita nak buat komplen yang kita ni terdedah dengan bunyi bising. Kena pastikan kita faham undang-undang dulu, yang mana hak kita, dan yang mana kita tak di"cover"oleh undang-undang. Masalahnya, orang kita ni tak tahu undang-undang, padahal boleh je..kalau nak baca undang-undang yang dah termaktub untuk melindungi diri kita dari terdedah dengan bunyi bising. Bukan susah pun, beli je buku perundangan tu, tak mahal cuma RM20 je. Ada dalam bahasa malaysia (kalau rasa susah nak faham bahasa inggeris). Tapi...sekali lagi...malaslah nak baca..sebab alasan ni...alasan tu...wow..wow..wow...banyaknya alasan.....kalau kita tak berkalau..kan senang...kita juga yang dapat input dan ilmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment